Sukatan Pelajaran Matematik KSSR
1. NOMBOR Nombor merupakan satu bidang asas pembelajaran yang penting
dan perlu dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah.
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini perlu diberi
penekanan sebelum murid dapat meneruskan pembelajaran dalam bidang-bidang lain.
Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajari oleh murid ialah
nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang dan peratus diperincikan seperti berikut:
1.1 Nombor Bulat
a. Perbandingan kuantiti.
i. Kumpulan banyak atau kumpulan sedikit.
ii.Kumpulan sama banyak atau kumpulan tidak sama banyak.
iii. Kumpulan lebih atau kumpulan kurang.
b. Nombor bulat hingga tujuh digit.
c. Penganggaran dan pembundaran.
d. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan nombor bulat.
e. Gabungan dua operasi termasuk tanda kurung.
1.2 Pecahan
a. Pengenalan pecahan.
b. Pecahan Wajar.
c. Pecahan Setara.
d. Pecahan Tak Wajar.
e. Nombor Bercampur.
f. Perbandingan nilai pecahan.
g. Operasi tambah dan tolak melibatkan pecahan.
h. Operasi darab pecahan dengan nombor bulat.
i. Gabungan dua operasi tambah dan tolakmelibatkan pecahan.
Bidang Matematik
Secara umumnya, matematik boleh dibahagikan kepada kajian kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan (i.e. aritmetik, algebra, geometri, and analisis). Terdapat juga subbahagian yang dikhususkan untuk penerokaan hubungan dari dasar matematik kepada bidang-bidang yang lain; contohnya logik matematik, teori set (asas), matematik empirikal untuk pelbagai sains (matematik gunaan), dan yang terbaru untuk kajian teliti tentang ketidakpastian.
Wireshark Cookie Dump:
KSSR
Saturday, 15 October 2011
Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni.
Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran.
Wireshark Cookie Dump:
Assalamualaikum..
Thursday, 15 September 2011
Assalamualaikum n salam sejahtera..
Selamat datang ke blog Teacher Mariana
Selamat datang ke blog Teacher Mariana
Wireshark Cookie Dump:
Subscribe to:
Posts (Atom)
